Isnin, 27 Oktober 2014

Sejarah penubuhan

Hasil perbicangan dengan beberapa individu,cadangan untuk membina sebuah perkampungan islam yang mempunyai pusat pengajian pondok turoth telah diputuskan.kebetulan pada suatu ketika dahulu banyak pondok pengajian yang telah didirikan di kawasan Sungai Bayor,namun begitu arus pemodenan telah mengubah segala-galanya.Kebanyakkan pondok pengajian seumpama ini telah diambil alih oleh pihak kerajaan negeri yang akhirnya telah menukarkan namanya kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK).Atas faktor keadaan dunia yang semakin mencabar dan penuh fitnah sistem pondok tradisional cuba didirikan
Alhamdulillah seorang hamba Allah yang bernama Fatimah bt Syukor  dan arwah adiknya  Othman b Syukor sanggup mewakafkan sebidang tanah seluas tiga setengah ekar untuk merealisasi hasrat murni ini.Kebetulan seorang guru agama lulusan pondok Pasir Tumboh sedang menyewa rumah disini dengan tugasan beliau mengajar di masjid-masjid dan surau sekitar daerah Selama.
Satu mesyuarat jawatankuasa bersetuju melantik beliau sebagai mudir dipondok yang bakal dibina ini.Sejurus selepas itu jawatankuasa penubuhan telah diwujudkan.Akhirnya lahirlah sebuah madrasah yang diberi nama Riyadussolihin yang membawa maksud “taman bagi orang-orang yang solih”dan Al-Othmaniah adalah sempena nama pewakaf iaitu Othman b Syukor.


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan