Isnin, 27 Oktober 2014

proses pembinaan

 

sebarang sumbangan bolehlah dibuat melalui akaun maybank 558211512164
atas nama Madrasah Riyadhussolihin Al-Osmaniah
sebarang pertanyaan boleh hubungi Ust Yusri Abdullah 0134764667,Ust Ramli Mahmud 0195449968,Cikgu Mustafa Yusof 0165001787


Waktu pembelajaran rasmi/jadual pengajian



v 7:40 pagi-2:00 petang(persekolahan rasmi)
v 3:00 petang-4:00 petang(kelas persediaan)
v 5:30 petang-6:30 petang (kokurikulum)

v Ijtimak tafaqquh fiddin diadakan dua kali sebulan(ahad awal bulan dan ahad akhir bulan) 

Aktiviti




kurikulum
kokurikulum
1.Sistem pengajian sepenuh masa
1.Silat
2.Kaedah pengajaran Alquran&Hadis
2.Tarbiyyah Islamiyyah Amaliah
3.Sistem pengajian talaqi
3.Latihan kepimpinan
4.Tasawwur dan sejarah Islam
4.Latihan kekeluargaan
5.hafazan kitab-kitab matan ilmu
5.Riadah dan Rekriasi
6.latihan muhadorah
6.Amal shabab/walad
7.pengajian berpusatkan guru
7.Amal nisa’/banad



Rasional

Ø Melahirkan insan yang berpekerti dan berakhlak mulia sejajar mengikut landasan syariat islam.
Ø Melahirakan insan yang yang dapat memakmur bumi Allah supaya tidak menjadi hambanya yang melampaui batas.
Ø Melahirkan insan yang mantap dalam aspek kerohanian dan kejasmanian serta berdaya saing seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi.
Ø Melahirkan tokoh-tokoh ilmuan Islam dan generasi ulamak yang mantap dari segi aqidah ahli sunnah wal jamaah di nusantara.


Objektif

Ø Menubuhkan sebuah pondok tradisional dengan mengajar kitab-kitab turath.
Ø Mengembangkan khazanah ilmu berdasarkan kitab-kitab turath yang semakin pupus dalam masyarakat khususnya di Sungai Bayor.
Ø Membekalkan ilmu agama dan mendidik masyarakat setempat supaya sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa menjadi hamba yang diredhoi oleh Allah.
          Membina semula institusi pondok yang suatu masa memang tersohor di Sungai Bayor

Falsafah

Pendidikan yang bersumberkan Al-quran dan Al-hadis akan melahirkan insan yang berilmu,beriman,beramal dan berakhlak mulia serta bertaqwa yang menjadikan alam ini sebagai landasan menuju akhirat”

tapak asal sebelum pembinaan





alamat madrasah


logo madrasah








Sejarah penubuhan

Hasil perbicangan dengan beberapa individu,cadangan untuk membina sebuah perkampungan islam yang mempunyai pusat pengajian pondok turoth telah diputuskan.kebetulan pada suatu ketika dahulu banyak pondok pengajian yang telah didirikan di kawasan Sungai Bayor,namun begitu arus pemodenan telah mengubah segala-galanya.Kebanyakkan pondok pengajian seumpama ini telah diambil alih oleh pihak kerajaan negeri yang akhirnya telah menukarkan namanya kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK).Atas faktor keadaan dunia yang semakin mencabar dan penuh fitnah sistem pondok tradisional cuba didirikan
Alhamdulillah seorang hamba Allah yang bernama Fatimah bt Syukor  dan arwah adiknya  Othman b Syukor sanggup mewakafkan sebidang tanah seluas tiga setengah ekar untuk merealisasi hasrat murni ini.Kebetulan seorang guru agama lulusan pondok Pasir Tumboh sedang menyewa rumah disini dengan tugasan beliau mengajar di masjid-masjid dan surau sekitar daerah Selama.
Satu mesyuarat jawatankuasa bersetuju melantik beliau sebagai mudir dipondok yang bakal dibina ini.Sejurus selepas itu jawatankuasa penubuhan telah diwujudkan.Akhirnya lahirlah sebuah madrasah yang diberi nama Riyadussolihin yang membawa maksud “taman bagi orang-orang yang solih”dan Al-Othmaniah adalah sempena nama pewakaf iaitu Othman b Syukor.


  

Selasa, 30 September 2014

Sistem pengajian pondok

Sistem Pendidikan Yang Dijalankan Dalam Institusi Pondok Di Alam Melayu.
Pengenalan :
Maksud institusi pondok :
o    perkataan pondok berasal daripada perkataan Arab fuduqun yang bererti rumah tumpangan atau tempat penginap para pengembara. Dalam konteks institusi pendidikan Islam, ia dikaitkan dengan rumah-rumah kecil yang didirikan sebagai tempat tinggal pelajar, berhampiran surau atau madrasah dan rumah tuan guru di sebuah kawasan khas.
Lokasi institusi pondok :
o    Dikenali sebagai pesantren di Pulau Jawa dan Madura, surau di Minangkabau dan langgar di pulau-pulau lain. Di Tanah Melayu tertumpu di Pattani, Kelantan, Trengganu dan Kedah. Pondok-pondok itu dikenali berdasarkan nama guru yang menjadi pengasasnya atau nama tempat/kampung seperti pondok Tok Kenali dan pondok Pasir Tumbuh di Kelantan
Erti pendidikan :
o    Proses pemindahan ilmu dan budaya sama ada secara formal atau tidak formal. Institusi pondok adalah sistem pendidikan secara formal dan tinggi.
Isi :
Perkembangan kewujudan institusi pondok :
o    Institusi pendidikan sebegini dikatakan bermula dengan kedatangan seorang guru agama atau ulama dari luar mengajar ilmu agama kepada orang-orang kampung di mana pengajaran dilakukan secara ikhlas atau sukarela kerana Allah s.w.t.
o    Dengan pertolongan orang-orang kampung , rumah guru dan pondok didirikan dalam satu kawasan  berdekatan. Tempat terdirinya kediaman berkenaan biasanya milik guru berkenaan atau diwakafkan oleh individu2 tertentu.
Ilmu agama :
o    Dari segi pembelajaran sukatan pembelajaran yang didedahkan kpd para pelajar adalah tidak tersusun, ia bergantung kepada kemahiran guru. Antara mata pelajaran yang diajar ialah tauhid, tafsir, fekah, nahu saraf, hadis, doa-doa yang ada kaitan dengan kehidupan seharian. Para pelajar juga didedahkan dengan kaedah menulis dan menguasai kaedah jawi dan bahasa Arab.
Ilmu perubatan :
o    Sesetengah institusi pendidikan pondok mendedahkan ilmu perubatan tradisional yang menggunakan bahan-bahan spt akar kayu di samping jampi-jampi yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Antara kitab yang berkaitan ialah Tashil al Manafi fi al Tibbi wa al Hikmah, Kitab Mujarabad dan lain-lain.
Mata pelajaran sampingan :
o    Untuk menghilangkan rasa jemu di kalangan para pelajar mata pelajaran spt bernasyid, berzanji, marhaban dan qasidah turut diajar
Bahasa pengantar :
o    Pembelajaran dijalankan dalam bahasa Melayu memandangkan banyak kitab-kitab Arab telah diterjemahkan kedalam bahasa Melayu.
Tenaga pengajar :
o    Para pelajar diajar secara percuma, guru di sekolah pondok hanya mendapat khidmat tenaga anak-anak muridnya yang mengerjakan tanah sawah atau kerja-kerja pertukangan.
o    Hubungan antara guru dan anak-anak muridnya amat rapat, buka sahaja kerana kealiman guru berkenaan, bahkan rasa tanggungjawab guru berkenaan apabila para ibu bapa menyerahkan anak-anak mereka untukdididik oleh guru berkenaan
Tempoh belajar :
o    Tempoh masa belajar di sekolah pondok tidak terhad, ada di kalangan para pelajar berada di institusi ini selama 10 tahun, malah ada di kalangan yg berpindah dari satu pondok ke pondok yang lain
Kaedah pembelajaran :
o    Dalam bentuk halaqah, di mana para pelajar akan membuat separa bulatan mengelilingi guru mereka. Selain itu guru-guru juga menggunakan kaedah hafalan, syarahan (kuliah), perbincangan (muhadatah), soal jawab perdebatan (mujadalah), pengembaraan (rehlah) dan lain-lain
Lepasan pondok :
o    Mereka akan menjadi tenaga pengajar di institusi pondok. Ada yang melanjutkan pelajaran ke Aceh, Mekah dan Madinah, kemudian apabila kembali mereka mengajar di pondok yang sama atau di tempat lain. Mereka juga boleh menjadi pendakwah di surau atau masjid.
Kesimpulan :

Kewujudan dan perkembangan institusi pendidikan pondok di Alam Melayu telah meninggalkan pelbagai kesan yang besar, antaranya ialah memartabatkan tulisan jawi dan yang paling penting ialah berjaya melahirkan ilmuan dn cerdik pandai Islam yang diwarisi hingga hari ini.