Sistem Pendidikan
Yang Dijalankan Dalam Institusi Pondok Di Alam Melayu.
Pengenalan :
Maksud institusi
pondok :
o perkataan pondok berasal daripada perkataan Arab fuduqun yang bererti rumah tumpangan atau
tempat penginap para pengembara. Dalam konteks institusi pendidikan Islam, ia
dikaitkan dengan rumah-rumah kecil yang didirikan sebagai tempat tinggal
pelajar, berhampiran surau atau madrasah dan rumah tuan guru di sebuah kawasan
khas.
Lokasi institusi
pondok :
o
Dikenali sebagai pesantren di Pulau
Jawa dan Madura, surau di Minangkabau dan langgar di pulau-pulau lain. Di Tanah
Melayu tertumpu di Pattani, Kelantan, Trengganu dan Kedah. Pondok-pondok itu
dikenali berdasarkan nama guru yang menjadi pengasasnya atau nama
tempat/kampung seperti pondok Tok Kenali dan pondok Pasir Tumbuh di Kelantan
Erti pendidikan :
o
Proses pemindahan ilmu dan budaya
sama ada secara formal atau tidak formal. Institusi pondok adalah sistem
pendidikan secara formal dan tinggi.
Isi :
Perkembangan
kewujudan institusi pondok :
o
Institusi pendidikan sebegini
dikatakan bermula dengan kedatangan seorang guru agama atau ulama dari luar
mengajar ilmu agama kepada orang-orang kampung di mana pengajaran dilakukan
secara ikhlas atau sukarela kerana Allah s.w.t.
o
Dengan pertolongan orang-orang
kampung , rumah guru dan pondok didirikan dalam satu kawasan berdekatan.
Tempat terdirinya kediaman berkenaan biasanya milik guru berkenaan atau
diwakafkan oleh individu2 tertentu.
Ilmu agama :
o
Dari segi pembelajaran sukatan
pembelajaran yang didedahkan kpd para pelajar adalah tidak tersusun, ia
bergantung kepada kemahiran guru. Antara mata pelajaran yang diajar ialah
tauhid, tafsir, fekah, nahu saraf, hadis, doa-doa yang ada kaitan dengan
kehidupan seharian. Para pelajar juga didedahkan dengan kaedah menulis dan
menguasai kaedah jawi dan bahasa Arab.
Ilmu perubatan :
o Sesetengah institusi pendidikan pondok mendedahkan ilmu perubatan
tradisional yang menggunakan bahan-bahan spt akar kayu di samping jampi-jampi
yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Antara kitab yang berkaitan ialah Tashil al Manafi fi al Tibbi wa al Hikmah, Kitab Mujarabad dan lain-lain.
Mata pelajaran
sampingan :
o
Untuk menghilangkan rasa jemu di
kalangan para pelajar mata pelajaran spt bernasyid, berzanji, marhaban dan
qasidah turut diajar
Bahasa pengantar :
o
Pembelajaran dijalankan dalam bahasa
Melayu memandangkan banyak kitab-kitab Arab telah diterjemahkan kedalam bahasa
Melayu.
Tenaga pengajar :
o
Para pelajar diajar secara percuma,
guru di sekolah pondok hanya mendapat khidmat tenaga anak-anak muridnya yang
mengerjakan tanah sawah atau kerja-kerja pertukangan.
o
Hubungan antara guru dan anak-anak
muridnya amat rapat, buka sahaja kerana kealiman guru berkenaan, bahkan rasa
tanggungjawab guru berkenaan apabila para ibu bapa menyerahkan anak-anak mereka
untukdididik oleh guru berkenaan
Tempoh belajar :
o
Tempoh masa belajar di sekolah pondok
tidak terhad, ada di kalangan para pelajar berada di institusi ini selama 10
tahun, malah ada di kalangan yg berpindah dari satu pondok ke pondok yang lain
Kaedah pembelajaran
:
o
Dalam bentuk halaqah, di mana para
pelajar akan membuat separa bulatan mengelilingi guru mereka. Selain itu
guru-guru juga menggunakan kaedah hafalan, syarahan (kuliah), perbincangan
(muhadatah), soal jawab perdebatan (mujadalah), pengembaraan (rehlah) dan
lain-lain
Lepasan pondok :
o
Mereka akan menjadi tenaga pengajar
di institusi pondok. Ada yang melanjutkan pelajaran ke Aceh, Mekah dan Madinah,
kemudian apabila kembali mereka mengajar di pondok yang sama atau di tempat
lain. Mereka juga boleh menjadi pendakwah di surau atau masjid.
Kesimpulan :
Kewujudan dan
perkembangan institusi pendidikan pondok di Alam Melayu telah meninggalkan
pelbagai kesan yang besar, antaranya ialah memartabatkan tulisan jawi dan yang
paling penting ialah berjaya melahirkan ilmuan dn cerdik pandai Islam yang
diwarisi hingga hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan