Isnin, 27 Oktober 2014

proses pembinaan

 

sebarang sumbangan bolehlah dibuat melalui akaun maybank 558211512164
atas nama Madrasah Riyadhussolihin Al-Osmaniah
sebarang pertanyaan boleh hubungi Ust Yusri Abdullah 0134764667,Ust Ramli Mahmud 0195449968,Cikgu Mustafa Yusof 0165001787


Waktu pembelajaran rasmi/jadual pengajian



v 7:40 pagi-2:00 petang(persekolahan rasmi)
v 3:00 petang-4:00 petang(kelas persediaan)
v 5:30 petang-6:30 petang (kokurikulum)

v Ijtimak tafaqquh fiddin diadakan dua kali sebulan(ahad awal bulan dan ahad akhir bulan) 

Aktiviti




kurikulum
kokurikulum
1.Sistem pengajian sepenuh masa
1.Silat
2.Kaedah pengajaran Alquran&Hadis
2.Tarbiyyah Islamiyyah Amaliah
3.Sistem pengajian talaqi
3.Latihan kepimpinan
4.Tasawwur dan sejarah Islam
4.Latihan kekeluargaan
5.hafazan kitab-kitab matan ilmu
5.Riadah dan Rekriasi
6.latihan muhadorah
6.Amal shabab/walad
7.pengajian berpusatkan guru
7.Amal nisa’/banad



Rasional

Ø Melahirkan insan yang berpekerti dan berakhlak mulia sejajar mengikut landasan syariat islam.
Ø Melahirakan insan yang yang dapat memakmur bumi Allah supaya tidak menjadi hambanya yang melampaui batas.
Ø Melahirkan insan yang mantap dalam aspek kerohanian dan kejasmanian serta berdaya saing seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi.
Ø Melahirkan tokoh-tokoh ilmuan Islam dan generasi ulamak yang mantap dari segi aqidah ahli sunnah wal jamaah di nusantara.


Objektif

Ø Menubuhkan sebuah pondok tradisional dengan mengajar kitab-kitab turath.
Ø Mengembangkan khazanah ilmu berdasarkan kitab-kitab turath yang semakin pupus dalam masyarakat khususnya di Sungai Bayor.
Ø Membekalkan ilmu agama dan mendidik masyarakat setempat supaya sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa menjadi hamba yang diredhoi oleh Allah.
          Membina semula institusi pondok yang suatu masa memang tersohor di Sungai Bayor

Falsafah

Pendidikan yang bersumberkan Al-quran dan Al-hadis akan melahirkan insan yang berilmu,beriman,beramal dan berakhlak mulia serta bertaqwa yang menjadikan alam ini sebagai landasan menuju akhirat”

tapak asal sebelum pembinaan